Pada 8 Mac 2015 seramai 12 wakil PGMPPS/KGMMB Caw. P.Pinang telah ke negeri Kelantan untk menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM10,000.00 kepada 4 buah sekolah yang terlibat dengan banjir besar tempoh hari. Satu Majlis telah diadakan di SMK Kota Bharu Kelantanuntyk penyerahan wang bantuan kepada wakil-wakil sekola yang terlibat. Timbalan YDP PGMPPS telah menyampaikan ucapan dan menyatakan rasa prihatin pihak PGMPPS dan KGMMB Caw.P.Pinang kepada seluruh rakyat Kelantan amnya dan sekolah-sekolah yang terlabt khususnya. walaupun bantuan yang diberi tidak seberapa namun rasa simpati seluruh warga guru P.Pinang amat jelas dengan kehadiran pihak wakil PGMPPS ke negeri Kelantan ini.
Pengetua SMK Kota Bharu juga mengucapka rasa syukur dan terima kasih kepada pihak PGMPPS dan KGMMB Caw. P.Pinang kerana memberi bantuan kepada wakil-wakil sekolah yang terpilih. Semoga hubungan seluruh warga guru dapat dieratkan lagi apabila rasa prihatin dan simpati sentiasa menebal dikalangan kita apabila sesuatu musibah atau ujian Allah itu melanda saudara-saudara kita.
Pihak PGMPPS/KGMMB Caw. P.Pinang juga amat berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit kos untuk keperluan pdp sekolah-sekolah yang terlibat. Insya Allah.
Sunday, April 5, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment