Pada 11 April 2015 jam 9.00 malam bertempat di Hotel Sunway Seberang Jaya, pihak KGMMB Caw. P.Pinang/PGMPPS telah mengadakan satu perjumpaan bersama Dato' Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Antara erkara yang dibincangkan ialah :
1. Rancangan pihak KGMMB Caw.P.Pinang dan PGMPPS untuk mengadakan Seminar Satu Hari untuk membincang hal-hal berkaitan pendidikan anak-anak Melayu P.Pinang.
2. Isu-isu semasa seperti SIP,SISC+ , pencapaian rendah sekolah-sekolah hebat yang majoritinya anak-anak Melayu.
3. Isu penempatan dan perlantikan Guru Besar P.Pinang ke luar P.Pinang.
Dato' Pengarah amat menyokong sebarang usaha pihak Kesatuan Guru untuk memartabatkan dan memajukan pendidikan anak-anak melayu khususnya di Pulau Pinang. Cadanagan daripada Kesatuan Guru yang disuarakan oleh Dr. Roslan Saadon merangkap setiausaha KGMM Caw. Pulau Pinang/ PGPMPPS berkaitan Seminar Satu Hari itu amat disokong sepenuhnya oleh kepimpinan utama JPN Pulau Pinang. Satu lagi perjumpaan khas berkaitan program ini untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci lagi akan diadakan tidak lama lagi.
Dato' Pengarah juga menyuarakan kebimbangannya terhadap kurangnya usaha guru-guru melayu dewasa ini untuk berusaha memantapkan lagi profesion perguruan dan juga untuk meningkatkan lagi kualiti dalam pdp yang secara tidak langsung menjadi teras untuk kecemerlangan sistem pendidikan negara.
Sunday, April 12, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment