PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Friday, February 25, 2011

SEMINAR PENDIDIKAN ANAK MELAYU KEBANGSAAN 2011

Satu Seminar Pendidikan Anak Melayu Kebangsaan 2011 akan diadakan pada 25.3.2011 hingga 27.3.2011 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Di antara VIP yang akan hadir ialah TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Ucaptama oleh Tan Sri Nor Mohamed b. Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, pembentangan oleh Prof. Dato' Dr. Ibrahim Bajunid. Tajuknya ; Pendidikan Anak-Anak Melayu dan Peranan Guru-Guruy Melayu.

Saturday, February 5, 2011

Perjumpaan Pemufakatan Bersama Pengarah Pelajaran P.Pinang






Pada 25 Januari 2011 yang lalu, Ahli Jawatankuasa KGMMB/PGMPPS Caw.P.Pinang telah mengadakan satu perjumapaan pemuafakatan bersama Pengarah Pelajaran P.Pinang Tn Hj. Ibrahim. Beliau memberi sati komitmen yang begitu baik berkaitan beberapa isu yang dibincangkan. Di antaranya berhubung bebera aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2011, isu-isu markah prestasi guru-guru di Sekolah Kebangsaan, isu penempatan semula guru-guru baru ini dan beberapa isu lain. Tuan Pengarah juga berharap semu guru memahami Dasar Kerajaan yang berkaitan dengan profesiaon perguruan. Semua yang dilaksanakan mempunyai objektif untuk memartabatkan lagi profesian perguruan.