PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Monday, July 25, 2011

Bekas Setiausaha KGMMB Daerah Kerian

Rupa-rupanya pengarah kita merupakan bekas setiausaha KGMMB Daerah Kerian. Pertemuan kali ini mengimbau semula perjuangannya bersama KGMMB. Semoga Tn Haji akan terus bersama KGMMB untuk memperjuangkan nasib guru-guru agar terus mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan seterusnya memartabatkan profesion perguruaan di mata masyarakat. Insya Allah.



Majlis Temu Mesra KGMMB Bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang





Pada 23 Julai 2011, satu lagi sejarah ditempa oleh KGMMB Cawangan P.Pinang/PGMPPS apabila berkesempatan untuk bertemu Pengarah Pelajaran yang baru iaitu Tn Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamaruddin. Beliau seorang yang komited terhadap tugas beliau. Beliau sudi melapangkan masa bersama PGMPPS semata-mata untuk mendengar beberapa isu yang dibangkitkan oleh persatuan dan beliau juga telah memberi maklumat yang berguna berkaitan hala tuju JPN P.Pinang ketika ini. Beliu juga berharap semua guru sentiasa meningkatkan taraf pendidikan agar lebih berdaya saing dalam dunia pendidikan masa kini.

Tuesday, July 19, 2011

Majlis Temu Mesra KGMMB Bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia untuk semua ahli KGMMB Cawangan P.Pinang dan PGMPPS semua...

Satu Majlis Temu Mesra bersama pengarah akan diadakan pada :


Tarikh : 23 JULAI 2011 (Sabtu)
Masa : 8.45 malam
Tempat : D'Bella Hotel, Jawi, Seberang Perai Selatan.



KGMMB juga turut mengundang semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dalam majlis ini.

Semoga majlis ini akan memberi seribu makna dalam meneruskan perjuangan Guru-Guru Melayu untuk memartabatkan profesion perguruan. Insya Allah.


"HIDUP BERBAKTI"

Tuesday, July 12, 2011

Tahniah kepada mantan pengarah kita

Salam kemesraan..

Sekalung tahniah diucapkan kepada mantan pengarah kita Tn Hj Ibrahim bin Mohamad yang kini dianugerahkan pingat DSPN yang membawa gelaran Datuk.

Sajak untuk guru.

Majlis Pengkisahan Sejarah PGMPPS

Majlis Pengkisahan Sejaran persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai telah berlangsung dengan jaya pada 26 Mei 2011 bertempat di dan dirasmikan oleh Dr Hjh Samsiah bt. Muhamad Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Auditorium P.Ramlee P.Pinang. Hampir 250 orang peserta telah mengambil bahagian. Para Panel yang berpengalaman luas telah menceritakan segala kisah yang membabitkan perjuangan Guru-Guru Melayu di Pulau Pinang dalam memartabatkan profesion perguruan dan juga Bahasa Melayu.

Majlis kerjasama PGMPPS, KGMMB dan Arkib Negara Malaysia ini boleh dianggap suatu kejayaan bagi Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dalam usaha untuk memastikan perjuangan guru-guru terdahulu sentiasa diingati dan dihargai. Insya Allah..

Pada majlis ini juga pihak PGMPPS telah menyerahkan pelbagai dokumen penting PGMPPS yang lama untuk diserah kepada pihak Arkib Negara Malaysia. Mudah-mudahan dokumen ini dapat dijadikan rujukan generasi masa kini dan masa akan datang. Terima Kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bererti ini. Terima kasih semuanya....

Gambar Sekitar Majlis Pengkisahan Sejarah PGMPPS





Gambar Sekitar Majlis Pengkisahan Sejarah PGMPPS