PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Thursday, November 25, 2010

PERJUANGAN KGMMB


Buku hasilan rujukan dan garapan En Roslan Saadon(Setiausaha KGMMB Caw.P.Pinang/PGMPPS). Tahniah dan Terima Kasih!!!

LAPORAN KUNJUNG HORMAT TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG


Majlis berlangsung pada 24 November 2010, jam 4.30 petang di Seri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang itu melibatkan empat orang Pegawai Kanan KGMMB Pusat dan sebelas orang Ahli Jawatankuasa PGMPPS/ KGMMB Cawangan Pulau Pinang. Ketibaan rombongan disambut baik dan mesra oleh para pegawai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Tn. Hj. Mohamad Sabri selaku Presiden telah membentangkan perancangan aktiviti dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh KGMMB. Beliau juga menyampaikan surat memohon TYT Yang di-Pertua Negeri menjadi Penaung Kehormat kepada KGMMB dan PGMPPS. Cikgu Roslan Saadon selaku Setiausaha PGMPPS pula membentangkan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2011 dan mengharapkan TYT Yang di-Pertua Negeri dapat turut sama menjayakannya. Beliau juga menyampaikan hasrat PGMPPS agar guru-guru yang berjasa dan banyak menabur bakti di Pulau Pinang diberikan pengiktirafan yang sewajarnya terutama Pengarah Pelajaran Negeri. Seterusnya rombongan diraikan dengan jamuan minum petang bersama TYT Yang di-Pertua Negeri. Sebelum menamatkan sesi perjumpaan, Presiden KGMMB dan Cikgu Saidin selaku Pengerusi PGMPPS menyampaikan cenderamata kepada TYT Yang di-Pertua Negeri. Cikgu Roslan Saadon juga tidak ketinggalan menyampaikan buku dan penulisan yang melibatkan dirinya kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Majlis diakhiri dengan sesi pengambaran.

Kunjungan Ke Kediaman TYT



Tahniah kepada En Roslan (Setiausaha KGMMB Caw. P.Pinang/PGMPPS) kerana telah menghasilkan sebuah buku berkaiatan sejarah penubuhan dan perjuangan KGMMB untuk tatapan dan rujukan semua. Semoga buku ini akan memberi manfaat kepada semua guru dan ahli akademik yang memerlukan rujukan secara ilmiah untuk mengetahui perjuangan KGMMB.

Bersama TYT Pulau Pinang






Detik 4.00 petang (24.11.2010) Ahli Jawatankuasa KGMMB Cawangan Pulau Pinang bersama-sama presiden dan AJK dari KGMMB Pusat telah mengadakan satu kunjungan ke Kediaman TYT P.Pinang untuk membincangkan beberapa agenda untuk memartabatkan profesian keguruan khususnya perjuangan guru-guru Melayu untuk mendidik anak bangsa. Kesempatan ini juga digunakan untuk memberi penerangan kepada TYT tentang arah tuju perjuangan KGMMP/PGMPPS untuk membela anak bangsa. Alhamdulillah... segala agenda ini mendapat restu dan sokongan daripada TYT. Semoga KGMMB/PGMPPS akan terus menjadi sebuah kesatuan yang membela nasib ahli-ahlinya dan anak-anak bangsa kita. Insya Allah.

Tuesday, November 2, 2010

Pertandingan Bowling antara Cawangan KGMMB


Lagi Gambar Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KGMMB



Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KGMMB di Hotel MITC Melaka

Gambar-gambar ketika Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KGMMB Tahun 2010 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Puad Zarkash.






Pada 22 hingga 24 Oktober 2010, satu Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KGMMB telah diadakan di Hotel MITC Melaka. Persidangan ini juga telah membincangan beberapa isu penting tentang permasalahan guru dalam kenaikan pangkat dan isu-isu yang yang mendapat perhatian pihak kementerian Pelajaran yang diwakilli oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Puad Zarkashi. Insya Allah apa yang diperjuangankan oleh KGMMB akan membuahkan hasil tak lama lagi..

Monday, November 1, 2010

Perhimpunan Guru 1 Malaysia



Pada 16 Oktober 2010...satu perhimpunan Guru 1 Malaysia telah diadakan di Stadium Bukit Jalil. Perdana Menteri kita telah berucap dihadapan kira-kira 12 000 orang guru yang mewakili jabatan, persatuan dan juga sekolah-sekolah di seluruh negara. Jasa dan pengorbanan guru sentiasa diiktiraf oleh pihak kerajaan. Semoga kita juga mendapat rahmat dari Allah swt...