PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Wednesday, September 10, 2014

Biodata TYT Pulau Pinang

YDP Negeri Pulau Pinang
TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dilahirkan pada subuh hari Jumaat 15 April 1938 di Permatang Rambai, Kepala Batas, daripada pasangan Haji Abbas bin Haji Abdul Rahman dengan Hajjah Jamilah binti Ubaid. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Sintok, Kepala Batas mulai 1946 sehingga 1953. TYT Tun Dato’ Seri memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dari tahun 1955 hingga 1958. Seterusnya dari tahun 1960 hingga 1962, mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur. TYT Tun Dato’ Seri telah memulakan kerjaya sebagai pendidik mulai 1963 sehingga ke tahun 1970, di Bukit Mertajam High School dan Sekolah Menengah Seri Muda Penaga. Tuan Yang Terutama berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dari tahun 1970 hingga 1973 selama 3 tahun. Setelah menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, meneruskan kerjaya sebagai pendidik di samping melibatkan diri dalam bidang politik. Jawatan terakhir TYT Tun Dato’ Seri dalam bidang pendidikan adalah sebagai Penolong Kanan di Sekolah Menengah Seri Muda Penaga.
Karier politik TYT Tun Dato’ Seri bermula pada 16 Jun 1977, apabila terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam, berikutan kembalinya Allahyarham Y .B. Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah ke rahmatullah. Selanjutnya pada 8 Julai 1978, dalam pilihanraya umum yang diadakan, TYT Tun Dato’ Seri telah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam, diikuti dengan tiga penggal pilihanraya umum berikutnya iaitu pilihanraya tahun 1982, 1986 dan 1990.
TYT Tun Dato’ Seri telah diberi kepercayaan menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepanjang penglibatan beliau dalam bidang politik iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan akhirnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan sebelum dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari 3 Disember 1990 hingga 5 April 1995.

Biodata TYT Pulau Pinang



Maklumat terperinci boleh diperolehi dari :

http://www.penang.gov.my/index.php/tyt/biografi

Monday, August 25, 2014

Terima Kasih kepada semua  Jawatankuasa Pengelola Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi PGMPPS & KGMMB Caw. P.Pinang bagi tahun 2014. Terima kasih juga kepada semua yang bersama-sama ke majlis ini. Pihak PGMPPS & KGMMB Caw. Pulau Pinang juga mengucapkan tahniah kepada 3 orang tokoh guru PGMPPS kerana menerima pingat yang disampaikan oleh TYT. Semoga ianya memberi perangsang dan semangat kepada semua guru untuk terus mencurahkan bakti kepada bangsa, agama dan negara. Terima kasih tak terhingga kepada TYT sebagai penaung PGMPPS, Presiden KGMMB Pusat, Pegawai-pegawai JPN, PPD, Pengetua, Guru Besar, Guru Bersara, semua guru dan hadirin-hadirat yang hadir ke majlis ini.
Alhamdulillah kerana majlis ini berjalan dengan lancar sekali. Semoga semua AJK PGMPPS & KGMMB Caw. P.Pinang akan terus menyokong barisan kepimpinan kita dan dapat terus memberi idea-idea untuk meningkatkan lagi program dan bakti kita kepada masyarakat khasnya golongan guru. Insya Allah.

































Wednesday, August 20, 2014

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA TYT TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS

               Salam Aidilfitri kepada semua warga guru terutama kepada ahli PGMPPS & KGMMB Caw. Pulau Pinang. Pihak Jawatankuasa PGMPPS & KGMMB Caw. Pulau Pinang mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir a segala batin. Semoga segala kekurangan dan kekilafan daripada pihak kami harap dimaafkan. Semoga kita semua dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhwah sesama kita. Mudah-mudahan perjuangan kita untuk memartabkan lagi profesion perguruan diberkati Allah SWT.
Sempena meraikan aidil fitri ini, pihak PGMPPS & KGMMB Caw. Pulau Pinang mengundang pihak tuan untuk ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri PGMPPS & KGMMB Caw. Pulau Pinang seperti butiran di bawah :

            TARIKH     :    24 OGOS 2014 (AHAD)
            JAM            :    2.00 HINGGA 4.00 PETANG
           TEMPAT      :    PENANG GOLF RESORT, KEPALA BATAS

       Tetamu Kehormat :

       T.Y.T TUN DATO' SERI BIN UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS
       Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.


Wednesday, July 9, 2014

Mesyuarat PGMPPS & KGMMB Caw. P.Pinang Kali Pertama (Sesi 2014-2017) dan Majlis Berbuka Puasa

Satu mesyuarat untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan ahli dan juga perancangan terdekat untuk tahun 2014. telah diadakan pada 7 Julai 2014, bertempat di Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet.Hampir 100% kehadiran AJK ke Mesyuarat AJK PGMPPS & KGMMB Caw. P.Pinang Sesi 2014-2017. Mesyuarat ini juga diadakan bersama Majlis Berbuka Puasa untuk AJK sesi baru. Syabas dan tahniah diatas perlantikan cikgu-cikgu sekalian. Semoga cikgu-cikgu yang dilantik pada tahun ini dapat memberi khidmat bakti kepada perjuangan guru-guru melayu untuk meningkatkan martabatkan profesioan keguruan serta menjaga kebajikan ahli-ahli khususnya dan semua guru melayu amnya.

 Antara agenda besar yang dibincangkan ialah Perjumpaan Guru-Guru Nusantara Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang tidak lama lagi. Semoga PGMPPS dan KGMMB Caw. P.Pinang terus relevan dan dapat menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi dan juga memberi teguran yan MEMBINA. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini.


Gambar-Gambar Sekitar Mesyuarat PGMPPS & KGMMB Cawangan P.Pinang Sesi 2014-2017.