PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Wednesday, May 26, 2010

Mesyuarat Agung KGMMB 2010

Untuk makluman semua ahli KGMMB Cawangan Pulau Pinang satu Mesyuarat Agung akan diadakan pada :

Tarikh : 5 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : AUDITORIUM PUSAT BUDI PENYAYANG, JLN BERTAM,
KEPALA BATAS, SPU.


Bagi tujuan pengurusan, cikgu dipohon memaklumkan kehadiran melalui panggilan telefon 013-4846700 (Cikgu Juhari), 013-4338813 (Cikgi Yasmin) dan 013-4414507 (Cikgu Arbakyah)

Diharap semua ahli KGMMB dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri untuk sama-sama memberi sokongan kepada KGMMB Cawangan Pulau Pinang. Insya Allah.

Setiusaha
PGMPPS / KGMMB Pulau Pinang.

Monday, May 24, 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

Pihak KGMMB Cawangan P.Pinang dan PGMPPS mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidikan amnya di seluruh negara dan khasnya bagi warga pendidik di Pulau Pinang. Semoga semua guru lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa ke arah melahirkan insan yang berilmu sama ada ilmu Duniawi ataupun Akhirawi. Insya Allah. Jadikan kerjaya ini sebagai kerjaya yang mulia di sisi Allah, mudah-mudahan mendapat ganjaran dan rahmat daripadaNya.

SELAMAT HARI GURU.

"Guru Pembina Negara Bangsa"