PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Saturday, March 28, 2015

Bicara Tokoh Tan Sri Awang Had Salleh

Pada 28 Mac 2015, Program Bicara Tokoh Tan Sri Dr. Awang Had Salleh ajuran bersama  Gabungan  Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP), Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) dan Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai (PGMPPS).

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga dewan dipenuhi para peserta yang terdiri daripada pelbagai kerjaya iaitu pesyarah Institut Pendidikan Guru dan Universiti, pegawai daripada JPN dan PPD, wakil dari persatuan, guru-guru dan para pelajar. Program bercorak santai dan berilmiah berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya.

Terima kasih tidak terhingga kepada :



TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
(D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N)
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.







Kesudian Tun untuk merasmikan program ini amat dihargai. Kesungguhan dan minat Tun amat terserlah kerana sepanjang program ini kelihatan Tun begitu tekun mendengar dan turut serta melibatkan diri dengan memberi beberapa pandangan dan ulasan yang sangat berharga kepada para peserta program ini.

Ahli Panel Bicara Tokoh :
Prof.Emeritus Dr.Isahak Haron, Universiti Malaya
Sdr.Abang Patdeli Abang Muhi- DBP Wilayah Utara
Prof.Madya Dr. A.Samad Salleh, USM
Sdr.Hassan Basri Budiman, Kreatif
Dr.Roslan b. Saadon (Moderator) - S/U KGMMB Caw.P.Pinang/PGMPPS

Berikut beberapa foto berkaitan program tersebut :






























peserta prograannnn

No comments:

Post a Comment