PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Monday, July 18, 2016

Mesyuarat Agung PGMPPS Kali ke-73

Mesyuarat Agung PGMPPS Kali ke-73 yang diadakan pada 16 Juai 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas berjalan dengan lancar. Kehadiran ahli PGMPPS sangat menggalakkan iaitu seramai 184 orang. Ini merupakan suatu jumlah yang sangat baik.
Pada majlis ini juga diadakan bersama Majlis Sambutan Aidilfitri dan juga penganugerah kepada 2 orang tokoh guru PGMPPS dan 2 orang tokoh kepimpinan PGMPPS. Alhamdulillah segala-galanya berjalan seperti yang dirancangkan. Suasana harmoni dan semangat kekeluargaan dapat ditunjukkan di sini. Semoga PGMPPS dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan yang lalu. Tahniah kepada semua yang dilantik menerajui kepimpinan PGMPPS untu 2016 dan 2017. Insya Allah PGMPPS akan terus releven seiring dengan perubahan sistem pendidikan yang lebih efisyen buat seluruh pelajar masa kini.





































Sunday, April 17, 2016

PGMPPS & GAPENA

Gambar kenangan bersama GAPENA kita kunjungan mereka ke Pejabat PGMPPS yang lalu.


Melawat Setiausaha PGMPPS/KGMMB Caw.P.Pinang di Hospital

Lawatan ke Hospital Pulau Pinang kerana setiausaha PGMPPS/KGMMB Caw. Pulau Pinang,         Dr. Roslan Saadon yang kurang sihat. Terima kasih kepada semua yang datang melawatnya dan memberi kata-kata semangat agar beliau akan bertambah sihat. Semoga beliau akan terus menabur jasa untuk memartabatkan profesioan pergurauan. Insya Allah kami sentiasa memohon kepada Allah agar beliau diberi kesihatan yang baik.







Saturday, October 17, 2015

SEMINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN

PERHATIAN !

AHLI YANG BERMNAT SILA HUBUNGI

CIK ANISAH 


NO. PEJABAT PGMPPS / KGMMB : 04-530 3313

Sunday, October 11, 2015

Perjumpaan Bersama Pengarah JPN Pulau Pinang Yang Baru


                  Pada 7 Oktober 2015 , AJK PGMPPS Pulau Pinang telah mengadakan satu perjumpaan bersama Pengarah JPN Pulau Pinang yang baru dilantik menggantikan Tn Hj. Osman yang telah bersara wajib.  Tuan Shaari Bin Osman merupakan seorang  yang mudah diajak berunding. Semoga sikap sedemikian akan berterusan dan mampu memberi ruang kepada persatuan kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mampu memberi impak yang positif  kepada guru-guru khususnya ahli PGMPPS dan KGMMB cawangan P.Pinang.




Melalui pertemuan ini, tuan pengarah memberi sokongan kepada PGMPPS/KGMMB Caw.P.Pinang untuk 
Seminar Kepimpinan Pembangunan Pendidikan Peringkat Kebangsaan
"Pemimipin Guru Menjelang 2025"




Sunday, April 12, 2015

Perjumpaan Bersaama Pengarah 11 Aprir 2015

Pada 11 April 2015 jam 9.00 malam bertempat di Hotel Sunway Seberang Jaya, pihak KGMMB Caw. P.Pinang/PGMPPS telah mengadakan satu perjumpaan bersama Dato' Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Antara erkara yang dibincangkan ialah :

1. Rancangan pihak KGMMB Caw.P.Pinang dan PGMPPS untuk mengadakan Seminar Satu Hari untuk membincang hal-hal berkaitan pendidikan anak-anak Melayu P.Pinang.

2. Isu-isu semasa seperti SIP,SISC+ , pencapaian rendah sekolah-sekolah hebat yang majoritinya anak-anak Melayu.

3. Isu penempatan dan perlantikan Guru Besar P.Pinang ke luar P.Pinang.

Dato' Pengarah amat menyokong sebarang usaha pihak Kesatuan Guru untuk memartabatkan dan memajukan pendidikan anak-anak melayu khususnya di Pulau Pinang. Cadanagan daripada Kesatuan Guru yang disuarakan oleh Dr. Roslan Saadon merangkap setiausaha KGMM Caw. Pulau Pinang/ PGPMPPS berkaitan Seminar Satu Hari itu amat disokong sepenuhnya oleh kepimpinan utama JPN Pulau Pinang. Satu lagi perjumpaan khas berkaitan program ini untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci lagi akan diadakan tidak lama lagi.

Dato' Pengarah juga menyuarakan kebimbangannya terhadap kurangnya usaha guru-guru melayu dewasa ini untuk berusaha memantapkan lagi profesion perguruan dan juga untuk meningkatkan lagi kualiti dalam pdp yang secara tidak langsung menjadi teras untuk kecemerlangan sistem pendidikan negara.