PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Wednesday, September 10, 2014

Biodata TYT Pulau Pinang

YDP Negeri Pulau Pinang
TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dilahirkan pada subuh hari Jumaat 15 April 1938 di Permatang Rambai, Kepala Batas, daripada pasangan Haji Abbas bin Haji Abdul Rahman dengan Hajjah Jamilah binti Ubaid. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Sintok, Kepala Batas mulai 1946 sehingga 1953. TYT Tun Dato’ Seri memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dari tahun 1955 hingga 1958. Seterusnya dari tahun 1960 hingga 1962, mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur. TYT Tun Dato’ Seri telah memulakan kerjaya sebagai pendidik mulai 1963 sehingga ke tahun 1970, di Bukit Mertajam High School dan Sekolah Menengah Seri Muda Penaga. Tuan Yang Terutama berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dari tahun 1970 hingga 1973 selama 3 tahun. Setelah menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, meneruskan kerjaya sebagai pendidik di samping melibatkan diri dalam bidang politik. Jawatan terakhir TYT Tun Dato’ Seri dalam bidang pendidikan adalah sebagai Penolong Kanan di Sekolah Menengah Seri Muda Penaga.
Karier politik TYT Tun Dato’ Seri bermula pada 16 Jun 1977, apabila terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam, berikutan kembalinya Allahyarham Y .B. Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah ke rahmatullah. Selanjutnya pada 8 Julai 1978, dalam pilihanraya umum yang diadakan, TYT Tun Dato’ Seri telah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam, diikuti dengan tiga penggal pilihanraya umum berikutnya iaitu pilihanraya tahun 1982, 1986 dan 1990.
TYT Tun Dato’ Seri telah diberi kepercayaan menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepanjang penglibatan beliau dalam bidang politik iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan akhirnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan sebelum dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari 3 Disember 1990 hingga 5 April 1995.

No comments:

Post a Comment