PERHATIAN !
AHLI YANG BERMNAT SILA HUBUNGI
CIK ANISAH
NO. PEJABAT PGMPPS / KGMMB : 04-530 3313
Saturday, October 17, 2015
Sunday, October 11, 2015
Perjumpaan Bersama Pengarah JPN Pulau Pinang Yang Baru
Pada 7 Oktober 2015 , AJK PGMPPS Pulau Pinang
telah mengadakan satu perjumpaan bersama Pengarah JPN Pulau Pinang yang baru
dilantik menggantikan Tn Hj. Osman yang telah bersara wajib. Tuan Shaari Bin Osman
merupakan seorang yang mudah diajak berunding. Semoga sikap sedemikian
akan berterusan dan mampu memberi ruang kepada persatuan kita untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mampu memberi impak yang positif
kepada guru-guru khususnya ahli PGMPPS dan KGMMB cawangan P.Pinang.
Melalui pertemuan ini, tuan pengarah memberi sokongan kepada
PGMPPS/KGMMB Caw.P.Pinang untuk
Seminar Kepimpinan Pembangunan Pendidikan Peringkat Kebangsaan
"Pemimipin Guru Menjelang 2025"
Sunday, April 12, 2015
Perjumpaan Bersaama Pengarah 11 Aprir 2015
Pada 11 April 2015 jam 9.00 malam bertempat di Hotel Sunway Seberang Jaya, pihak KGMMB Caw. P.Pinang/PGMPPS telah mengadakan satu perjumpaan bersama Dato' Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Antara erkara yang dibincangkan ialah :
1. Rancangan pihak KGMMB Caw.P.Pinang dan PGMPPS untuk mengadakan Seminar Satu Hari untuk membincang hal-hal berkaitan pendidikan anak-anak Melayu P.Pinang.
2. Isu-isu semasa seperti SIP,SISC+ , pencapaian rendah sekolah-sekolah hebat yang majoritinya anak-anak Melayu.
3. Isu penempatan dan perlantikan Guru Besar P.Pinang ke luar P.Pinang.
Dato' Pengarah amat menyokong sebarang usaha pihak Kesatuan Guru untuk memartabatkan dan memajukan pendidikan anak-anak melayu khususnya di Pulau Pinang. Cadanagan daripada Kesatuan Guru yang disuarakan oleh Dr. Roslan Saadon merangkap setiausaha KGMM Caw. Pulau Pinang/ PGPMPPS berkaitan Seminar Satu Hari itu amat disokong sepenuhnya oleh kepimpinan utama JPN Pulau Pinang. Satu lagi perjumpaan khas berkaitan program ini untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci lagi akan diadakan tidak lama lagi.
Dato' Pengarah juga menyuarakan kebimbangannya terhadap kurangnya usaha guru-guru melayu dewasa ini untuk berusaha memantapkan lagi profesion perguruan dan juga untuk meningkatkan lagi kualiti dalam pdp yang secara tidak langsung menjadi teras untuk kecemerlangan sistem pendidikan negara.

Sunday, April 5, 2015
Misi Bantuan Kemanusiaan PGMPPS / KGMMB Caw. P.Pinang
Pada 8 Mac 2015 seramai 12 wakil PGMPPS/KGMMB Caw. P.Pinang telah ke negeri Kelantan untk menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM10,000.00 kepada 4 buah sekolah yang terlibat dengan banjir besar tempoh hari. Satu Majlis telah diadakan di SMK Kota Bharu Kelantanuntyk penyerahan wang bantuan kepada wakil-wakil sekola yang terlibat. Timbalan YDP PGMPPS telah menyampaikan ucapan dan menyatakan rasa prihatin pihak PGMPPS dan KGMMB Caw.P.Pinang kepada seluruh rakyat Kelantan amnya dan sekolah-sekolah yang terlabt khususnya. walaupun bantuan yang diberi tidak seberapa namun rasa simpati seluruh warga guru P.Pinang amat jelas dengan kehadiran pihak wakil PGMPPS ke negeri Kelantan ini.
Pengetua SMK Kota Bharu juga mengucapka rasa syukur dan terima kasih kepada pihak PGMPPS dan KGMMB Caw. P.Pinang kerana memberi bantuan kepada wakil-wakil sekolah yang terpilih. Semoga hubungan seluruh warga guru dapat dieratkan lagi apabila rasa prihatin dan simpati sentiasa menebal dikalangan kita apabila sesuatu musibah atau ujian Allah itu melanda saudara-saudara kita.
Pihak PGMPPS/KGMMB Caw. P.Pinang juga amat berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit kos untuk keperluan pdp sekolah-sekolah yang terlibat. Insya Allah.

Saturday, March 28, 2015
Bicara Tokoh Tan Sri Awang Had Salleh
Pada 28 Mac 2015, Program Bicara Tokoh Tan Sri Dr. Awang Had Salleh ajuran bersama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP), Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) dan Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai (PGMPPS).
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga dewan dipenuhi para peserta yang terdiri daripada pelbagai kerjaya iaitu pesyarah Institut Pendidikan Guru dan Universiti, pegawai daripada JPN dan PPD, wakil dari persatuan, guru-guru dan para pelajar. Program bercorak santai dan berilmiah berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya.
Terima kasih tidak terhingga kepada :
TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
(D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N)
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Kesudian Tun untuk merasmikan program ini amat dihargai. Kesungguhan dan minat Tun amat terserlah kerana sepanjang program ini kelihatan Tun begitu tekun mendengar dan turut serta melibatkan diri dengan memberi beberapa pandangan dan ulasan yang sangat berharga kepada para peserta program ini.
Ahli Panel Bicara Tokoh :
Prof.Emeritus Dr.Isahak Haron, Universiti Malaya
Sdr.Abang Patdeli Abang Muhi- DBP Wilayah Utara
Prof.Madya Dr. A.Samad Salleh, USM
Sdr.Hassan Basri Budiman, Kreatif
Dr.Roslan b. Saadon (Moderator) - S/U KGMMB Caw.P.Pinang/PGMPPS
Berikut beberapa foto berkaitan program tersebut :
peserta prograannnn

Subscribe to:
Posts (Atom)