



Pada 23 Julai 2011, satu lagi sejarah ditempa oleh KGMMB Cawangan P.Pinang/PGMPPS apabila berkesempatan untuk bertemu Pengarah Pelajaran yang baru iaitu Tn Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamaruddin. Beliau seorang yang komited terhadap tugas beliau. Beliau sudi melapangkan masa bersama PGMPPS semata-mata untuk mendengar beberapa isu yang dibangkitkan oleh persatuan dan beliau juga telah memberi maklumat yang berguna berkaitan hala tuju JPN P.Pinang ketika ini. Beliu juga berharap semua guru sentiasa meningkatkan taraf pendidikan agar lebih berdaya saing dalam dunia pendidikan masa kini.
No comments:
Post a Comment