PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Tuesday, July 12, 2011

Majlis Pengkisahan Sejarah PGMPPS

Majlis Pengkisahan Sejaran persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai telah berlangsung dengan jaya pada 26 Mei 2011 bertempat di dan dirasmikan oleh Dr Hjh Samsiah bt. Muhamad Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Auditorium P.Ramlee P.Pinang. Hampir 250 orang peserta telah mengambil bahagian. Para Panel yang berpengalaman luas telah menceritakan segala kisah yang membabitkan perjuangan Guru-Guru Melayu di Pulau Pinang dalam memartabatkan profesion perguruan dan juga Bahasa Melayu.

Majlis kerjasama PGMPPS, KGMMB dan Arkib Negara Malaysia ini boleh dianggap suatu kejayaan bagi Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dalam usaha untuk memastikan perjuangan guru-guru terdahulu sentiasa diingati dan dihargai. Insya Allah..

Pada majlis ini juga pihak PGMPPS telah menyerahkan pelbagai dokumen penting PGMPPS yang lama untuk diserah kepada pihak Arkib Negara Malaysia. Mudah-mudahan dokumen ini dapat dijadikan rujukan generasi masa kini dan masa akan datang. Terima Kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bererti ini. Terima kasih semuanya....

No comments:

Post a Comment