Mesyuarat Agung PGMPPS Kali ke-73 yang diadakan pada 16 Juai 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas berjalan dengan lancar. Kehadiran ahli PGMPPS sangat menggalakkan iaitu seramai 184 orang. Ini merupakan suatu jumlah yang sangat baik.
Pada majlis ini juga diadakan bersama Majlis Sambutan Aidilfitri dan juga penganugerah kepada 2 orang tokoh guru PGMPPS dan 2 orang tokoh kepimpinan PGMPPS. Alhamdulillah segala-galanya berjalan seperti yang dirancangkan. Suasana harmoni dan semangat kekeluargaan dapat ditunjukkan di sini. Semoga PGMPPS dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan yang lalu. Tahniah kepada semua yang dilantik menerajui kepimpinan PGMPPS untu 2016 dan 2017. Insya Allah PGMPPS akan terus releven seiring dengan perubahan sistem pendidikan yang lebih efisyen buat seluruh pelajar masa kini.
Monday, July 18, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)