PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Friday, August 12, 2011

Perjumpaan Dengan Pengarah JPN P.Pinang

Pada 8 Ogos 2011 satu perjumpaan bersama Pengarah Jabatan Pelajaran P.Pinang Tn Hj. Tarmizi b. Kamarudin telah diadakan untuk membincangkan beberapa isu yang dibangkit oleh ahli PGMPPS. Terima kasih kita ucapkan kepada Tn Hj.Tarmizi kerana memberi maklumbalas yang positif untuk menimbang dan menyelesaikan isu-isu yang dikemukakan. Usaha pihak Jabatan Pelajaran P.Pinang yang dipimpin oleh Tn.Hj.Tarmizi untuk menambahbaik sistem pengurusan amat dihargai oleh semua pihak terutama warga pendidik. Semoga Tn Hj. Tarmizi berjaya membawa sistem pendidikan P.Pinang setaraf dengan pendidikan antarabangsa. Insya Allah.











No comments:

Post a Comment