
Majlis berlangsung pada 24 November 2010, jam 4.30 petang di Seri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang itu melibatkan empat orang Pegawai Kanan KGMMB Pusat dan sebelas orang Ahli Jawatankuasa PGMPPS/ KGMMB Cawangan Pulau Pinang. Ketibaan rombongan disambut baik dan mesra oleh para pegawai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Tn. Hj. Mohamad Sabri selaku Presiden telah membentangkan perancangan aktiviti dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh KGMMB. Beliau juga menyampaikan surat memohon TYT Yang di-Pertua Negeri menjadi Penaung Kehormat kepada KGMMB dan PGMPPS. Cikgu Roslan Saadon selaku Setiausaha PGMPPS pula membentangkan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2011 dan mengharapkan TYT Yang di-Pertua Negeri dapat turut sama menjayakannya. Beliau juga menyampaikan hasrat PGMPPS agar guru-guru yang berjasa dan banyak menabur bakti di Pulau Pinang diberikan pengiktirafan yang sewajarnya terutama Pengarah Pelajaran Negeri. Seterusnya rombongan diraikan dengan jamuan minum petang bersama TYT Yang di-Pertua Negeri. Sebelum menamatkan sesi perjumpaan, Presiden KGMMB dan Cikgu Saidin selaku Pengerusi PGMPPS menyampaikan cenderamata kepada TYT Yang di-Pertua Negeri. Cikgu Roslan Saadon juga tidak ketinggalan menyampaikan buku dan penulisan yang melibatkan dirinya kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Majlis diakhiri dengan sesi pengambaran.
No comments:
Post a Comment