Satu mesyuarat untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan ahli dan juga perancangan terdekat untuk tahun 2014. telah diadakan pada 7 Julai 2014, bertempat di Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet.Hampir 100% kehadiran AJK ke Mesyuarat AJK PGMPPS & KGMMB Caw. P.Pinang Sesi 2014-2017. Mesyuarat ini juga diadakan bersama Majlis Berbuka Puasa untuk AJK sesi baru. Syabas dan tahniah diatas perlantikan cikgu-cikgu sekalian. Semoga cikgu-cikgu yang dilantik pada tahun ini dapat memberi khidmat bakti kepada perjuangan guru-guru melayu untuk meningkatkan martabatkan profesioan keguruan serta menjaga kebajikan ahli-ahli khususnya dan semua guru melayu amnya.
Antara agenda besar yang dibincangkan ialah Perjumpaan Guru-Guru Nusantara Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang tidak lama lagi. Semoga PGMPPS dan KGMMB Caw. P.Pinang terus relevan dan dapat menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
Terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi dan juga memberi teguran yan MEMBINA. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini.
Gambar-Gambar Sekitar Mesyuarat PGMPPS & KGMMB Cawangan P.Pinang Sesi 2014-2017.
Wednesday, July 9, 2014
Saturday, July 5, 2014
MESYUARAT AGUNG PGMPPS/KGMMB CAW. P.PINANG TAHUN 2014
Gambar-gambar semasa Mesyuarat Agung PGMPPS & KGMMB Cawangan P.Pinang Tahun 2014. Kehadiran amat memuaskan.. hinggakan tak cukup kerusi. Perjalanan mesyuarat berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada semau ahli yang hadir. Elaun Kehadiran sebanyak RM100 diterima oleh ahli yang hadir. Syabas dan tahniah kepada ahli yang hadir kerana memberi komitmen yang baik. Tahniah juga kepada semua AJK PGMPPS/KGMMB Cawangan P.Pinang. Jasa anda hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)