PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Tuesday, September 11, 2012

Majlis Sambutan Aidi Fitri PGMPPS/KGMMB P.Pinang





Jawatankuasa PGMPPS & KGMMB Cawangan Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidi Fitri. Maaf Zahir Batin. Semoga semua guru di Pulau Pinang dan seluruh negara menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah swt.
 Pihak Persatuan menjemput ahli PGMPPS/KGMMB Cawangan P.Pinang bersama-sama keluarga ke Majlis Sambutan Hari Raya yang akan diadakan seperti maklumat di atas. Semoga kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis ini. Insya Allah.

Friday, May 18, 2012

Mesyuarat Agung KGMMB Caw.P.Pinang & PGMPPS

Semua Ahli KGMMB Caw. P.Pinang dan PGMPPS diundang untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahun 2012. Kehadiran cikgu-cikgu menunjukkan sokongan kepada perjuangan kesatuan/persatuan ini. Selamat Menyambut Hari Guru Tahun 2012. ""Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

Sunday, March 18, 2012

Pertemuan Guru-Guru Nusantara Ke-13 Di Brunei Darusalam







Pertemuan Guru-Guru Nusanta Ke-13 di Brunei pada 17 hingga 19 Februari 2012 amat bermakna buat semua guru-guru Melayu dalam usaha untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di alam nusantara ini. Setiap wakil delegasi bagi setiap negara telah membentangkan kertas kerja masing-masing tentang usaha untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu. Alhamdulillah kata sepakat telah diambil untuk terus memperjuangan penggunaan Bahasa Melayu di alam nusantara ini agar lebih dihormati oleh bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah digunakan untuk komunikasi perdagangan sejak sekian lama. Kita mampu memartabatkan semula. Insya Allah.

Antara gambar Lawatan di Brunei Darussalam