PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Sunday, April 12, 2015

Perjumpaan Bersaama Pengarah 11 Aprir 2015

Pada 11 April 2015 jam 9.00 malam bertempat di Hotel Sunway Seberang Jaya, pihak KGMMB Caw. P.Pinang/PGMPPS telah mengadakan satu perjumpaan bersama Dato' Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Antara erkara yang dibincangkan ialah :

1. Rancangan pihak KGMMB Caw.P.Pinang dan PGMPPS untuk mengadakan Seminar Satu Hari untuk membincang hal-hal berkaitan pendidikan anak-anak Melayu P.Pinang.

2. Isu-isu semasa seperti SIP,SISC+ , pencapaian rendah sekolah-sekolah hebat yang majoritinya anak-anak Melayu.

3. Isu penempatan dan perlantikan Guru Besar P.Pinang ke luar P.Pinang.

Dato' Pengarah amat menyokong sebarang usaha pihak Kesatuan Guru untuk memartabatkan dan memajukan pendidikan anak-anak melayu khususnya di Pulau Pinang. Cadanagan daripada Kesatuan Guru yang disuarakan oleh Dr. Roslan Saadon merangkap setiausaha KGMM Caw. Pulau Pinang/ PGPMPPS berkaitan Seminar Satu Hari itu amat disokong sepenuhnya oleh kepimpinan utama JPN Pulau Pinang. Satu lagi perjumpaan khas berkaitan program ini untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci lagi akan diadakan tidak lama lagi.

Dato' Pengarah juga menyuarakan kebimbangannya terhadap kurangnya usaha guru-guru melayu dewasa ini untuk berusaha memantapkan lagi profesion perguruan dan juga untuk meningkatkan lagi kualiti dalam pdp yang secara tidak langsung menjadi teras untuk kecemerlangan sistem pendidikan negara.










Sunday, April 5, 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan PGMPPS / KGMMB Caw. P.Pinang

Pada 8 Mac 2015 seramai 12 wakil PGMPPS/KGMMB Caw. P.Pinang telah ke negeri Kelantan untk menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM10,000.00 kepada 4 buah sekolah yang terlibat dengan banjir besar tempoh hari. Satu Majlis telah diadakan di SMK Kota Bharu Kelantanuntyk penyerahan wang bantuan kepada wakil-wakil sekola yang terlibat. Timbalan YDP PGMPPS telah menyampaikan ucapan dan menyatakan rasa prihatin pihak PGMPPS dan KGMMB Caw.P.Pinang kepada seluruh rakyat Kelantan amnya dan sekolah-sekolah yang terlabt khususnya. walaupun bantuan yang diberi tidak seberapa namun rasa simpati seluruh warga guru P.Pinang amat jelas dengan kehadiran pihak wakil PGMPPS ke negeri Kelantan ini.
Pengetua SMK Kota Bharu juga mengucapka rasa syukur dan terima kasih kepada pihak PGMPPS dan KGMMB Caw. P.Pinang kerana memberi bantuan kepada wakil-wakil sekolah yang terpilih. Semoga hubungan seluruh warga guru dapat dieratkan lagi apabila rasa prihatin dan simpati sentiasa menebal dikalangan kita apabila sesuatu musibah atau ujian Allah itu melanda saudara-saudara  kita.

Pihak PGMPPS/KGMMB Caw. P.Pinang juga amat berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit kos untuk keperluan pdp sekolah-sekolah yang terlibat. Insya Allah.