PERSATUAN GURU-GURU MEALAYU PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI - HIDUP BERBAKTI
snr103

PERHATIAN :

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KGMMB / PGMPPS

Diminta semua ahli KGMMB/PGMPPS Cawangan Pulau Pinang agar dapat memaklumkan kepada pejabat persatuan di Tanah Liat sekiranya terdapat perubahan alamat. Langkah ini bertujuan untuk memudahan pihak persatuan menghubungi cikgu sekiranya terdapat sebarang maklumat penting. Segala kerjasama cikgu amat kami hargai. Semoga persatuan kita dapat memberi khidmat yang kita harapkan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan persatuan.

Berita terkini...

Wednesday, April 27, 2011

AHLI BERSARA

Salam sejahtera...

Untuk pengetahuan semua ahli KGMMB Cawangan Pulau Pinang, pihak persatuan sedang giat mengesan status ahli bersara sama masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Satu surat telah dikeluarkan berkaitan pembayaran yuran ahli bersara (RM48.00 setahun). Seandai ahli bersara masih menjelaskan yuran ahli bermakna mereka masih layak untuk menerima manfaat yang sepatutnya mereka dapat.

Pihak PGMPPS amat berterima kasih kepada mereka yang telah mengasaskan perjuangan ini suatu ketika dahulu. Hasilnya, masyarakat guru hari ini yang memperolehinya. Insya Allah perjuangan ini akan diteruskan.

HIDUP BERBAKTI

Jawatankuasa KGMMB/PGMPPS